Anda Pelawat ke:

Thursday, November 4, 2010

salam perkenalan

Hai, saya Rohani Mohamed pelajar PJJ OUM Tahun 2, pengkuhususan Matematik. Kali ini tugasan matematik ialah membuat blog mengenai aktiviti pengayaan bagi kumpulan murid pencapaian cemerlang dan aktiviti pemulihan bagi kumpulan murid pencapaian lemah mengenai tajuk isipadu cecair tahun 2.  Aktiviti yang dilakukan adalah seperti berikut:-

VIDEO

ABM1

Alat Bantu Mengajar Untuk Aktiviti Pemulihan.

Alat yang digunakan.

Alat yang digunakan.
Bekas pelbagai saiz yang dilabel sebagai A, B, C dan D.

ABM1 lagi

ABM1 lagi
Air berwarna digunakan untuk memudahkan murid melihat ukuran air.

Aktiviti Pemulihan.

Kumpulan : Murid pencapaian lemah

Kemahiran: Membanding dan menyukat isipadu cecair.

Hasil pembelajaran

· Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat menyatakan isipadu cecair seperti penuh, setengah penuh, kosong, lebih, kurang dan sama banyak dengan.

Alat bantu mengajar

· Air yang diwarnakan, botol minyak 5 liter, botol air 1.5 liter dan botol air 0.5 liter, jag air 1.5 liter

Langkah-langkah Pengajaran

1. Murid menonton video mengenai isipadu cecair

2. Bahagikan murid-murid kepada 6 orang dalam setiap kumpulan

3. Murid-murid diberikan alat bantu mengajar seperti di atas.

4. Guru meminta murid mengisi air ke dalam botol dengan sukatan penuh, separuh dan kosong.

5. Sesi soal jawab antara murid dengan guru:

Guru:. Tunjukkan bekas manakah yang penuh, separuh penuh dan kosong.

Guru: Bekas manakah yang mempunyai jumlah air yang banyak.

Guru: Bekas manakah yang mempunyai jumlah air yang sedikit.

Guru: Antara A dengan B yang manakah mempunyai jumlah air yang lebih.

Guru : Yang manakah mempunyai jumlah air yang kurang.

6. Murid menuangkan air dari botol B ke dalam botol D sehingga habis.

Sesi soal jawab:

Guru: Antara bekas B dengan bekas D, bekas manakah yang mempunyai jumlah air yang lebih.

7. Guru membuat kesimpulan bahawa kapasiti isipadu air bukan bergantung kepada saiz bekas, tetapi perlu disukat untuk mengetahui isipadu yang sebenar.

8. Murid menjawab soalan di dalam lembaran kerja.

Lembaran kerja

Lembaran kerja
Soalan 1. Lukiskan air sirap di dalam setiap bekas mengikut isipadu yang diberikan.

soalan2

soalan2
Tandakan √ pada perkataan yang betul.

soalan3

soalan3
Warnakan bekas yang mempunyai isipadu air yang lebih.

soalan4

soalan4
Bulatkan gambar yang mempunyai isipadu air yang kurang.

ABM2

ABM2
Baldi dan bikar pelbagai saiz

ABM 2 lagi

ABM 2 lagi
Pelbagai bekas yang berbeza kapasiti digunakan untuk mengukuhkan pemahaman konsep isipadu cecair.

Aktiviti Pengayaan.

Kumpulan : Murid pencapaian cemerlang

Kemahiran: Membandingkan dan menyukat isipadu cecair

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat:-

* membuat anggaran isipadu cecair di dalam sesuatu bekas yang mempunyai saiz yang berbeza.

* menyukat isipadu sebenar cecair

* membezakan isipadu cecair antara satu bekas dengan bekas yang lain yang mempunyai saiz yang berbeza.

ALAT BANTU MENGAJAR

2 baldi yang berbeza saiz yang dilabel sebagai A dan B, bikar.

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

1. Murid-murid dibahagikan secara berpasangan iaitu pemain 1 dan pemain 2.

2. Setiap pasangan dibekalkan dengan 2 buah baldi yang dilabel sebagai A dan B

3. Setiap murid perlu membuat anggaran isipadu di dalam setiap baldi dan menulis anggaran tersebut di dalam jadual seperti berikut:

Baldi

Anggaran

Isipadu sebenar

Pemenang

Pemain 1

Pemain 2

A

______liter

______liter

__________liter


B

______liter

______liter

_________liter


4. Murid-murid mengulangi aktiviti di atas dengan mengganggarkan isipadu di dalam bekas yang lain pula.

5. Murid-murid menggunakan bikar untuk memastikan isipadu sebenar air di dalam bekas.

6. Murid-murid menjawab soalan di dalam lembaran kerja.

Lembaran kerja.

Lembaran kerja.
A. Isikan tempat kosong dengan jawapan yang paling tepat

Bekas A, B, C dan D mempunyai saiz yang sama besar.

1. Bekas A mempunyai air yang lebih daripada bekas ____________.

2. Bekas D mempunyai air yang kurang daripada bekas ___________.

3. Bekas A mempunyai air yang sama banyak dengan bekas ____________.

soalan b

soalan b
Bekas E, F G dan H mempunyai saiz yang berbeza-beza.

Bulatkan jawapan yang betul.

1.Bekas manakah yang mempunyai isipadu air yang paling banyak.

G, F, E, H

2.Bekas yang manakah mempunyai isipadu air yang paling sedikit.

G, F, E, H

3.Bekas yang manakah mempunyai isipadu air yang sama

G, F, E, H