Thursday, November 4, 2010
salam perkenalan
VIDEO
ABM1
Alat yang digunakan.
ABM1 lagi
Aktiviti Pemulihan.
Kumpulan : Murid pencapaian lemah
Kemahiran: Membanding dan menyukat isipadu cecair.
Hasil pembelajaran
· Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat menyatakan isipadu cecair seperti penuh, setengah penuh, kosong, lebih, kurang dan sama banyak dengan.
Alat bantu mengajar
· Air yang diwarnakan, botol minyak 5 liter, botol air 1.5 liter dan botol air 0.5 liter, jag air 1.5 liter
Langkah-langkah Pengajaran
1. Murid menonton video mengenai isipadu cecair
2. Bahagikan murid-murid kepada 6 orang dalam setiap kumpulan
3. Murid-murid diberikan alat bantu mengajar seperti di atas.
4. Guru meminta murid mengisi air ke dalam botol dengan sukatan penuh, separuh dan kosong.
5. Sesi soal jawab antara murid dengan guru:
Guru:. Tunjukkan bekas manakah yang penuh, separuh penuh dan kosong.
Guru: Bekas manakah yang mempunyai jumlah air yang banyak.
Guru: Bekas manakah yang mempunyai jumlah air yang sedikit.
Guru: Antara A dengan B yang manakah mempunyai jumlah air yang lebih.
Guru : Yang manakah mempunyai jumlah air yang kurang.
6. Murid menuangkan air dari botol B ke dalam botol D sehingga habis.
Sesi soal jawab:
Guru: Antara bekas B dengan bekas D, bekas manakah yang mempunyai jumlah air yang lebih.
7. Guru membuat kesimpulan bahawa kapasiti isipadu air bukan bergantung kepada saiz bekas, tetapi perlu disukat untuk mengetahui isipadu yang sebenar.
8. Murid menjawab soalan di dalam lembaran kerja.
Lembaran kerja
soalan2
soalan3
soalan4
ABM2
ABM 2 lagi
Aktiviti Pengayaan.
Kumpulan : Murid pencapaian cemerlang
Kemahiran: Membandingkan dan menyukat isipadu cecair
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat:-* membuat anggaran isipadu cecair di dalam sesuatu bekas yang mempunyai saiz yang berbeza.
* menyukat isipadu sebenar cecair
* membezakan isipadu cecair antara satu bekas dengan bekas yang lain yang mempunyai saiz yang berbeza.
ALAT BANTU MENGAJAR
2 baldi yang berbeza saiz yang dilabel sebagai A dan B, bikar.
LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN
1. Murid-murid dibahagikan secara berpasangan iaitu pemain 1 dan pemain 2.2. Setiap pasangan dibekalkan dengan 2 buah baldi yang dilabel sebagai A dan B
3. Setiap murid perlu membuat anggaran isipadu di dalam setiap baldi dan menulis anggaran tersebut di dalam jadual seperti berikut:
Baldi | Anggaran | Isipadu sebenar | Pemenang | |
Pemain 1 | Pemain 2 | |||
A | ______liter |
______liter |
__________liter |
|
B |
______liter |
______liter |
_________liter |
|
4. Murid-murid mengulangi aktiviti di atas dengan mengganggarkan isipadu di dalam bekas yang lain pula.
5. Murid-murid menggunakan bikar untuk memastikan isipadu sebenar air di dalam bekas.
6. Murid-murid menjawab soalan di dalam lembaran kerja.
Lembaran kerja.
Bekas A, B, C dan D mempunyai saiz yang sama besar.
1. Bekas A mempunyai air yang lebih daripada bekas ____________.
2. Bekas D mempunyai air yang kurang daripada bekas ___________.
3. Bekas A mempunyai air yang sama banyak dengan bekas ____________.soalan b
Bulatkan jawapan yang betul.
1.Bekas manakah yang mempunyai isipadu air yang paling banyak.
G, F, E, H
2.Bekas yang manakah mempunyai isipadu air yang paling sedikit.
G, F, E, H
3.Bekas yang manakah mempunyai isipadu air yang sama
G, F, E, H
No comments:
Post a Comment